Wednesday, December 3, 2008

MUSYIRA: Happy Anniversary


Tanggal 2hb Disember setiap tahun, aku & wife akan wish sesama sempena hari perkenalan & percintaan kami. Bermula dari 2 Disember 1994, aku declare dengan dirinya bahawa aku mencintai dan menyayanginya. Sehinggalah ke hari ini, esok dan selamanya aku tetap menyayanginya. LEbih2 lagi selepas kawin dan dah ada anak, tahap sayang melebihi segala2nya. Walaupun kekadang aku marah, sakit ati dan merajuk, tapi itu semua asam garam rumah tangga. Biasalah, lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Aku menerimanya seadanya dan aku percaya, dirinya juga menerima aku seadanya. Harap hubungan cinta dan kasih kami akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Terlalu sukar untuk mencari wanita sebaik, secantik dan sempurna (pada pandangan aku, terima kasih YA, ALLAH) seperti dirinya. Memeluk, memegang tangannya dan mencium dahinya sesuatu yg nikmat bagi diriku. Apapun, semoga doa kita tetap diterima oleh Allah Taala dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Untukmu ERNY ERAWATY AMRAN: abg terlalu menyintai dirimu. Sayang ayang selamanya, kasih ini tidak pernah berubah. I LOVE U sayang.

No comments: