Tuesday, December 2, 2008

Hobby: Camera DSL:R

Selain bermain golf, antara hobi aku gak ialah bermain camera. Setiap pergi ke mana2 mesti ambik gambar2 yg memang cantik, yang meruntun hati bila menghayati keindahan ciptaan-Nya. Indahnya ciptaan Allah. Yg di udara, laut dan di daratan, semuanya cantik2 belaka. cuma kekadang kita lupa untuk menghargai, malah merosakkannya pula.

Aku cuma snap sahaja gambar2 yang aku berkenan. Dalam masa yangg sama berusaha untuk memperbaiki skil fotografi aku. Yerla, beli kamera memahal tapi setakat ambik gambar guna 'auto', baik pakai digital camera biasa. Dunia fotografi terlalu byk utk diterokai, maklumlah sekarang ini orang bercakap mengenai dunia tanpa sempadan, semua boleh didapati di depan mata, hanya klik & browse.

Mudah-mudahan dengan adanya hobi sebegini, aku mampu untuk berdiri seperti kawan2 lain yang mana sampai ke tahap boleh menjual hasil 'karya' mereka kepada orang lain. Boleh ker? boleh kot..walaupun ada kot, sekurang-kurangnya ada juga keazaman untuk bertambah lebih baik.

Terlalu byk yg perlu dipelajari utk menjadi seorg yg 'hebat' dalam dunia fotografi. Bermain dengan Aperture dan Shutter bukannya mudah. Begitu juga halnya dengan ISO. Patutlah aku selalu terpegun melihat hasil karya kawan2, rupa2nya skil fotografi sgt ptg. Mmg betul cakap2 orang tua: Ilmu di dunia ini terlalu luas. Fikirkan..

sebahagian hasil karyaku yang tak seberapa. Photos taken from Under waterworld Langkawi.

No comments: