Seperti manusia lain, aku juga mempunyai hobi yg pelbagai. Selain bermain golf, join geng2 honda accord pun jadi hobi gak. boleh berkumpul, sembang, kutuk mengutuk dan pasti melihat kehebatan kereta kawan2. kereta aku? emmm sperti biasa.maklumlah model 90-an. kira dah lama kereta tu dikeluarkan. Alhamdulillah, sampai skg masih lagi berkhidmat dengan baik kat tuan dia. itulah yg aku pandu ke hulu kehilir, p seminar, p beli ikan, p main golf, p jumpa geng2 honda. fully utilised. namun tahun ogos 2006, enjin yg digunakan hancur lebur, so terpaksalah aku menukarnya dgn enjin yg baru. taklah baru sangat, tetapi kondisi cukup hebat.
inilah enjin yg aku maksudkan..taklah hebat sgt enjin ni..tapi cukuplah untuk membantu aku bergerak dgn pantas. dengan hanya 210hp (atas kertas), bagi aku cukuplah. sekurang2nya, famili aku selamat dan hepi dgn keta aku tuh..
berbalik kepada geng2 honda ni..kira diorg ni member2 rapat aku gakla..diorglah yg berkongsi gelak ketawa, kutuk mengutuk & sedia membantu bila ada masalah. wpun kami berlainan status (bujang & dah kawin), pangkat (ada pangkat ker? go to hell with ur pangkat), kereta (sm4, sv4, kura2 kontot, kelisa dll), namun keakraban tu terjalin baik. biasalah, bak kata org2 tua, duit tu senang nk cari, tapi kawan (sahabat?) yg betul2 satu kepala tu, mmg payah nk cari.
inilah keta aku..hodohkan?? tapi mantap
Tuesday, December 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment