Friday, July 31, 2009

Golf: Bengkel Golf


Baru-baru ini pihak COLGIS ada menganjurkan klinik golf kepada para ahli COLGIS. Tidak ramai yang hadir kerana golf bukanlah sukan yang semua orang suka. Sama macam aku dulu. Sangat membenci sukan ini apatah lagi ASTRO selalu menyiarkan sebarang kejohanan dan replay mengenai golf. Sangat menyeksakan. Namun, bak kata orang-orang tua " langkah hari ini, belum pasti akan sama langkah di esok hari". Akhirnya aku pun suka dengan sukan ini dan teringatlah kembali zaman aku menjadi budak kedi ketika tingkatan 1-3 dulu. Maklumlah, aku bukanlah keluarga senang. Kekadang terpaksa meninggalkan rumah dalam pukul 2.00 am bersama rakan-rakan yang lain dan pergi ke kelab aku berkerja part time tu; TAWAU GOLF CLUB. Kami terpaksa pergi awal kerana sistem nombor diamalkan dengan prinsip 'siapa datang awal, dia akan habis awal'. Maklumlah, masa tu sekolah petang, jadi kenalah pergi awal sebab nk balik awal pastu baru pergi sekolah. Upahnya tidak banyak, hanya RM5 sahaja untuk 9holes, tapi peritnya menarik troli dan berjalan kaki hanya Allah yang tahu. Untuk apa aku buat semua ini, semua kerana untuk 'duit sekolah'. Bila masa 'tournament', ganjaran banyak gak sebab kalau boss menang, dia akan bagi tips banyaklah. Itu yang boleh happy bila balik rumah. Jika ada masa free, aku dan kawan-kawan yang lain akan turut bermain tetapi dengan hanya menggunakan besi yang dibengkokkan di hujungnya. Mungkin sebab itulah, aku sekarang bermain golf dan ada rakan-rakan yang memberitahu bahawa aku memiliki swing yang cukup cantik dan natural.Alhamdulillah, semua kurniaan Allah. Malah, jika aku bermain di luar, aku agak sedih bila kawan-kawan hanya memberi tips sebanyak RM5 kerana aku cukup tahu betapa peritnya menjadi kedi, lagipun RM5 dulu sangat jauh nilainya jika dibandingkan dengan nilai sekarang.


UUM COLGIS: Audit Kualiti Dalaman Bil 1/2009

Alhamdulillah

Tanpa sebarang persiapan dan ilmu yang kurang, kumpulan Audit Dalaman P&P UUM COLGIS telah menjalankan tugas yang diberikan pada 30 Julai 2009. Antara fail-fail yang dilihat dan diaudit ialah:
1. QP001 (Penawaran Kursus Sedia Ada)
2.QP002 (Penawaran Kursus Baru)
3. QP003 (Jadual Kuliah)
4.QP004 (Peperiksaan Akhir)
5.QP005 (Proses Penyediaan Pengajaran)
6.QP006( Kuliah)
7.QP007 (Rayuan Semak semula)

Selepas diaudit, didapati bahawa tidak ada yang bersifat NCR/ Minor/ Major. Maknanya semua bersifat pemerhatian sahaja. Ini kerana, kebanyakan kesalahan yang dilakukan adalah kesilapan kecil seperti pensyarah tidak cop di JSU dan ada surat menyurat yang tidak difailkan. Selebihnya lengkap dan baik.

Kredit kepada rakan audit yang lain:
1. Zuryati Yusup
2. Yusuf Pon
3. Mohd. Syahril Said
4. Tuan Pah Rokiah
5. Azlina (Seksyen C)
6. Faizah (Seksyen C).

Laporan kepada pihak Pusat Pengurusan Quality akan diberikan dengan segera.

ISU SEMASA: Ke mana perginya Melayu?

Satu topik yang sangat sukar untuk dijawab namun hakikatnya sangat memerlukan jawapan walaupun dalam bukan keadaan segera. Adakah betul slogan yang pernah dipegang oleh UMNO iaitu "kita sudah tidak ada masa lagi" turut bersangkutpaut dengan persoalan ini. Ketika aku sedang menjamah makan tengahari berseorangan, terdengar makcik yang berada disekeliling menyuarakan persoalan " ke mana la agaknya bijak pandai Melayu"? Orang putih pergi belajar di negara lain, tapi penghujungnya akan berbakti kepada tanahair juga". Walaupun sebutan itu dituturkan di dalam bahasa Kedah pekat, namun pengalaman belajar dan bekerja selama 12 tahun di negeri Kedah, membuatkan aku cukup faham maksud persoalan itu.

Memang betul, ke manakah bijak pandai Melayu? Ramai yang telah dihantar ke luar negara untuk mencedok segala ilmu barat, namun tidak ramai pula yang balik untuk mencurahkan ilmu tersebut kepada anak bangsa sendiri. Bidang perubatan mempunyai contoh yang amat jelas. Ramainya pakar Melayu di luar sana, namun kita masih bergantung harap kepada kepakaran dari negara luar. Adakah gaji menjadi persoalan sehinggakan pakar-pakar Melayu ini tidak berminat untuk balik atau adakah beban kerja yang banyak di hospital-hospital kerajaan di Malaysia turut menjadi punca mereka tidak sanggup untuk balik ke sini??.

Selepas membaca dan membelek Majalah Milenia yang baru ku beli, mungkin persoalan ini turut terjawab walaupun harus difahami secara tersirat. Tajuk yang menjadi perhatian kepada majalah itu ialah "Melayu terlalu taksub terhadap hiburan". Sesuatu yang menyedihkan kerana golongan Melayu jugalah yang banyak mengunjungi karnival atau pesta-pesta sebegini apabila diadakan. Malah ada pula golongan yang telah menjadi pelanggan tetap kepada karnival sebegini. Walhal, di mana bangsa lain ketika itu.Kita cukup marah dan meluat apabila pihak lain mempersoalkan ketidakpandaian kita, namun sebelum menjawab persoalan yang dibangkitkan, muhasabah diri serta menilai tahap kepekaan diri sendiri lebih bermakna dari menjawab tanpa fakta yang betul.

Fikir-fikirkan.

Wednesday, July 29, 2009

Career: Interesting topic to discuss.

Wear or not to wear?
Course MGMG3233 Career Development had touched several topics to discuss with career. Starting from how your personality nowadays, career movement, communications etc. Yesterday, during my leisure time, browsed few website and definitely for fun. Then i got this topic that i thought its very important to MGMG students.

What Not to Wear to Work
The way you dress affects how others view you. It's nothing personal, just business.
By Laura Sinberg, Forbes.com

Many professional women are guilty of multiple fashion faux pas without realizing it, and their lack of judgment can sometimes lead to being passed over for a job or promotion.

Dressing for success means business, not pleasure. Read on for our must-avoids.

Many


Too much cleavage
Showing too much cleavage at work is the No. 1 fashion faux pas on our list. Studies show that women who dress in sexy attire in a professional environment are more often passed over for promotions than women who dress more conservatively. Bottom line: If you want to get ahead, ditch the low-cut top.

Too-short skirt
Wearing a micro-mini may send the message that you're trying to compensate for skills you lack in other areas. Also, the knee is a visual anchor, says Barbara Pachter, an etiquette expert. People's attention will be drawn downward when they approach you, instead of toward your face where it should be. Save your minis for after office hours and, while it doesn't need to be knee length, put on a skirt that you can sit down in without showing too much thigh.

See-through clothes
Summer materials such as organza and liquid jersey look and feel cool and pretty, but in the light of a staff meeting, they can reveal the outlines of your legs — and much more. The best solution is to check out your ensemble in a bright, naturally lit room before leaving for work. Always wear transparent blouses over camis or under jackets; transparent dresses and skirts should be layered over a slip or leggings. Ginger Burr of Total Image Consultants notes that buying clothes with lining — especially white pants and skirts — is always a safe choice.

Over-accessorizing
A rule of thumb when it comes to accessories in the workplace: Less is more. Costume jewelry, when worn in bulk, tends to look tacky. The real thing, on the other hand, can come off as gaudy. A boardroom-ready look includes one show stopper plus subtle accessories. That means if you're going to put on a chunky beaded necklace, stick to minimal earrings and arm candy.

Bringing the beach into the office
Sundresses, spaghetti straps, flip-flops. Nothing makes you look less professional than coming to the office like you're dressed for the beach. Having a cover-up like a pashmina, neutral blazer or cardigan on hand will always make an outfit look more professional. Truth be told, however, these summer staples are best avoided at the office. Trade your tank top for a silk shell and Havaianas for backless mules.

*Ps: more details and tips, please read this
http://www.forbes.com/2009/07/22/office-fashion-sexy-forbes-woman-style-clothes.html

Tuesday, July 28, 2009

Chedet: KAKI DALAM KASUT

by: Tun Dr Mahathir Mohamad

Sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Kebelakangan ini isu sebegini telah diperhangatkan lagi dengan isu-isu politik semasa. Persoalan mengenai keistimewaan satu-satu kaum telah dipersoalkan dari semasa ke semasa. Perbincangan ini telah dihuraikan panjang lebar oleh Tun Dr. Mahathir. Malah, contoh-contoh yang dihuraikan juga sangat relevan dan perlu diberi perhatian sewajarnya. Disertakan penerangan dari Tun yang dimuat dari blog beliau. Bacalah dengan mata hati yang terbuka luas.

1. Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

2.Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

3.Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

4.Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

5.Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

6. Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

7.Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

8.Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

9.Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

10.Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

11.Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

12.Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

13.Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

14.Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

15.Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

16.Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

17.Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

18.Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

19.Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

UUM COLGIS: Audit Kualiti Dalaman Bil 1/2009



Sent:
Monday, July 27, 2009 2:17 PM
To:
Cc:
Attachments:


Rujuk perkara di atas , sukacita pihak PPQ merujuk kepada perkembangan audit kualiti dalaman P & P di UUM COLGIS dan perbincangan antara Puan Faridah Hamzah dan Prof Dr Adiana serta Dr Sany, En Idzwan dan saya pada 27 Julai 2009 mengenai perkara di atas adalah berkaitan.

Sehubungan dengan ini sukacita mendapat perhatian dan kerjasama Unit Jaminan Kualiti dan J/k Kualiti peringkat Kolej bagi membuat pemeriksaan pre audit di peringkat kolej bagi membantu menyemak rekod-rekod yang diperlukan oleh prosedur kualiti P & P. Pihak PPQ amat berharap pemeriksaan audit kualiti dalaman dapat dilaksanakan. Pihak PPQ boleh membantu dalam pemeriksaan audit yang diketuai oleh En Muslimin dari COLGIS. Pihak PPQ berharap pihak Jaminan Kualiti dan J/K Kualiti COLGIS dapat berbincang dan menentukan tarikh bagi memulakan audit tersebut.

Jawapan daripada pihak tuan/puan amatlah diharapkan bagi melaksanakan audit tersebut.


* Auditor Dalaman: Itulah tugas yang diberikan kepada pihak-pihak tertentu tanpa sebarang tarikh tamat tempoh. Mungkin sesetengah pihak, tugasnya mudah, digeruni kawan dan lawan. Namun bagi aku, tugas itu sesuatu yang sangat mencabar. Sebarang kegagalan mematuhi arahan yang diberi, pastinya akan memberi kesan yang amat besar kepada organisasi. Terma-terma seperti major, minor dan pemerhatian agak sinonim dengan kumpulan auditor ini. Apapun, takdir telah menentukan aku untuk mengetuai tugasan ini. Ya Allah., berilah aku kekuatan untuk melaksanakannya dengan baik dan mampu melengkapkannya dengan penuh dedikasi. Bukan ganjaran yang diperlukan, bukan wang ringgit yang diharapkan namun sedikit 'ucapan terima kasih' sudah cukup untuk menyembuhkan keperitan yang dilalui.


UUM: H1N1 DAN MESYUARAT BERSAMA TNC (A)

Keputusan kelmarin yang membenarkan pelajar-pelajar balik ke kampung halaman masing-masing bagi mengelakkan gejala ILI terus merebak merupakan satu tindakan yang bijak. Gejala demam dan tanda-tanda H1N1 seolah-olah bertambah banyak dikesan oleh Pusat Kesihatan Universiti. Setelah dilakukan perbincangan dengan pihak berwajib seperti Jab. Kesihatan Kedah, keputusan dibuat untuk menangguhkan kuliah bagi tempoh seminggu bermula 27hb Julai sehingga 1hb Ogos 2009.

Hari ini (28hb Julai 2009), satu mesyuarat tergempar telah diadakan di kalangan semua pengetua dan PNC bersama-sama TNC. Agendanya hanya satu: untuk sama-sama menyelesaikan masalah apa yang sedang dihadapi oleh UUM amnya. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan beberapa keputusan telah dibuat. Namun, ada beberapa persoalan yang wujud:

1. Ramai pelajar yang resah gelisah kerana adakah cuti kali ini akan membatalkan cuti semester yang akan bermula 15 Ogos nanti.

2. Akan kerapkah kelas tambahan bagi menggantikan kelas yang telah ditangguhkan disebabkan kes ini.

3. Bagi pelajar yang masih menginap di DPP masing-masing, persoalan mengenai perkhidmatan cafe terus menjadi teka-teki. Adakah akan dibuka atau ditutup? Jaminan pihak universiti dan kolej, TIDAK ADA cafe yang dibenarkan untuk ditutup sepanjang cuti kecemasan ini.

sekian.

KPT: PERTEMUAN DGN SAHABAT LAMA

will update soon

KONVO KHAS: PhD DEMOKRASI KEPADA MANTAN PERDANA MENTERI TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

will update soon

UUM: PENANGGUHAN KULIAH

PENANGGUHAN KULIAH : 27 JULAI - 1 OGOS 2009

Berdasarkan tajuk pengumuman berikut saya paparkan pengumuman oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM melalui email staf dan pelajar UUM :

Semua kuliah dan aktiviti pelajar ditangguhkan seminggu mulai 27 Julai (Isnin) sehingga 1 Ogos 2009 (Sabtu). Langkah ini diambil untuk membendung penularan Influenza Light Illness (ILI) atau penyakit serupa Influenza. Kuliah akan bermula pada 2 Ogos 2009 (Ahad).


Perkhidmatan kaunter yang melibatkan pelajar akan ditutup sepanjang penangguhan kuliah tersebut.Semua warga UUM diminta mengikuti hebahan rasmi yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.


Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Pengarah Jabatan Hal Ehwal Akademik, Encik Baharudin Yaacob (04-928 3103) atau e-mel : baha646@uum.edu.my


* Kerisauan pelajar bertambah apabila terdapat rumours yang mengatakan semua kena kosongkan bilik sebelum pukul 8.00pm. Sesuatu yang menyedihkan kerana dalam keadaan serba sedikit panik ini, ada lagi pihak yang menambahkan 'perisa' kekalutan. Walhal, arahan untuk balik ke kampung pun sebagai sesuatu yang bersifat pilihan dan bukannya mandatori. Jadi, tidak timbul pelajar kena kosongkan bilik sebelum pukul 8.00pm.


Sunday, July 26, 2009

1 APRIL 2009: Pemahsyuran DPP SME BANK



Setelah berhempas pulas dengan penuh kepayahan, keseronokan dan pengalaman, akhirnya DPP SME Bank telah dimahsyurkan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat:
0: Famili: Untuk Umi dan Fareez..muahaaaaa
1. Pihak Pengurusan COLGIS: Terimakasih untuk PNC & Dr. Martadha & Pn. Roslina
2. Staf DPP: PPA, Penyelia Kanan, kerani dan staff lain
3. Felo2: Terima kasih atas bantuan dan sokongan kepada pelajar terlibat
4. JPMDPP: Jasa kalian tak terbalas dengan wang ringgit
5. Rakan2: Terima kasih atas doa dan harapan
Program tersebut cukup meriah dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam bukan sahaja kepada diriku tetapi kepada diri semua pelajar DPP SME Bank. Semoga program sebegini akan menjadi 'benchmark' kepada pelajar DPP SME Bank agar lebih melihat ke hadapan untuk mencabar diri sendiri agar lebih mampu berdaya saing di kemudian hari kelak.

Thursday, January 29, 2009

Januari 2009: Perjalanan yang panjang

Tidak byk aktiviti aku sepanjang bulan januari 2009 ni. byk masa digunakan utk menstabilkan lagi kerja-kerja 'perkeranian' dan 'pengajaran' aku. maklumlah, kena bertugas di pejabat baru. kelas juga kena attend dan mengajar. golf pun kena main jugak.

'administrative job': no comment at all, so many things to do. have to move to the new office & new house huh. that process needs lot of sacrifice. I leave my legacy at petronas, i leave all my colleagues at petronas, i leave all my 'most sporting' of jpmk at petronas. and importantly, prestigous memories also......sad to tell yahhh...anyway, 3 years is not a short period. lot of memories i got..lot of friends got there..what i should to tell with?

'teaching'?..as my main objective why i'm here..no such thing to tell..lu fikirla sendiri

Saturday, January 10, 2009

Tahun Baru 2009: Era Baru & Tugas Baru

Semalam merupakan hari terakhir aku bertugas di DPP PETRONAS. Setelah berkhidmat sejak 2006, pengalaman selama 3 tahun memberikan pengetahuan yang berguna untuk aku. Pejam celik, pejam celik tak sangka aku dah 3 tahun bertugas di PETRONAS. Awal 2006 dulu, aku masuk sebagai pengetua KOLEJ PETRONAS, namun kini aku tinggalkan dengan nama baru DEWAN PENGINAPAN PELAJAR PETRONAS.

Kedatangan aku ke Kolej PETRONAS pada 2006, pada masaa itu diterajui oleh En. Yusri sebagai PPA, En. Mazlan sebagai Penyelia Asrama, En. Zamalik sbgi Kerani Kewangan, Pn. Ila sbgi Jurutaip dan Naslan Dewan sbgi PRA. Namun, ketika aku tinggalkan kolej kesayangan itu, semuanya telah berubah. PPA disandang oleh En. Aziz, Penyelia Mazlan, Pn Rohaya Kerani Kewangan, Pn Nurul Hayati (Typist) dan PRA (Amizul & Amran). Semuanya berdedikasi. Seolah2 aku telah membina spirit kekeluargaan dengan mereka. Kerja sgt bagus malah respect aku bertempat.

Tahun 2006 juga aku dibantu oleh JPPK (pada masa itu) yg diterajui oleh Sdr. Maro, pada tahun 2007 diterajui oleh Sdri. Hernani dan tahun 2008 diterajui oleh Sdr. Hafizuddin. Pada 2008, JPPK telah bertukar kepada JPMDPP. Pada tahun 2009, pemilihan JPMDPP sgt sukar untuk aku pilih kerana 'status' pengetua yg tidak pasti. Akhirnya, setelah mendapat ilham, JPMDPP telah diterajui oleh Sdri. Khairunnisa. Sedih kerana tidak sempat bekerjasama dengan diorang semua kerana pada tahun 2009 juga, aku ditugaskan ke DPP KACHI II.

Aku terima pelantikan itu dengan penuh tanggungjawab dan kesedihan. Tanggungjawab kerana kepercayaan yg diberikan oleh COLGIS dan sedih kerana ramai kawan2 pengetua COB yang semuanya ditukar dan diberhentikan. Harap kawan2 aaku menerima ini sebagai dugaan dan semoga khidmat yg dicurahkan akna dibalas dengan 'betapa mudahnya' melengkapkan PhD esok hari.

Apapun, selamat bertugas untuk aku dan selamat tahun baru.