Tuesday, December 2, 2008

Hobby: Golf & me

Golf?
Sukan yang barangkali orang masih lagi beranggapan hanya untuk golongan orang kaya, berpangkat dan berstatus. Tapi bagi aku, golf adalah sukan yang sama mcm sukan2 lain.Aku pernah bermain bola, badminton, tennis dan boling. Walaupun tak sehebat mana, tapi sukan2 tersebut sudah tidak sesuai untuk aku lagi. Semenjak ankle aku bermasalah, golf telah menjadi pilihan utama.

Bercakap mengenai bermain golf. Aku start bermain awal tahun 2007 dan mendapat hcp pada bulan Julai tahun yg sama. Kiranya dah 2 tahun lebih aku bermain. Dan pada hari ini, aku sekarang telah bermain dgn hcp 16. Sesuatu yang membanggakan secara peribadi tertapi terlalu sukar untuk bermain dengan hcp 16 tuh. Semenjak balik dari Kejohanan Golg Badan Berkanun, Ogos lepas, aku tak sempat lagi merasai tournament dgn membawa hcp 16. InsyaAllah pada minggu depan (6 Dis 2008), aku akan bermain monthly medal dan bermain utk hcp 16. Tengoklah samada masih mampu utk membawa beban hcp 16 tersebut atau tidak.


Apa yg pasti, golf bukanlah sukan yang mudah. Terlalu byk yang perlu dipelajari. Sebab itu tidak hairanlah kalau majalah golf aku sehingga kini dah setinggi lutut banyaknya. Setiap bulan akan beli. Ketagih kalau tidak membelinya.

Berkenaan dengan equipment golf, untuk yang beginner macam aku, 2nd hand set sudah memadai. Cuma ada kegatalan sedikit bila dah pandai main, hati dah mula gatal utk mencari set2 yang lebih baik. Memang betul golf ada kaitan dengan swing, tapi teknologi juga banyak membantu. Kalau diikutkan, mahu saja dibeli set yg mahal. Tapi apakan daya, PhD lagi penting.

Align Center

Kejayaan peribadi aku:
Tempat ke-3 : Golf Berpasukan di Kejohanan Golf Badan Berkanun Msia 2008
Tempat ke-2 : Golf Piala Presiden KGRUUM 2008
Tempat ke-5 : Golf Sempena Seminar Merger deMerger UUM 2008.

InsyaAllah tahun 2009 akan menjadi tahun keramat bagi aku. Aku target nak mewakili UUM dalam Intervarsity utk tahun 2009. Semoga keadaan diriku sihat dan ceria sentiasa. Swing plak berada pada 'plane' yg betul. Terlalu byk yg perlu diperbaiki.

No comments: