Tuesday, December 2, 2008

FareeZ: Permata Umi & Abah

Muhammad Fareez Hakim Muslimin, lahir pada 29 Ogos 2006. Sekarang dah berumur 2 tahun lebih. Pejam celik, pejam celik dah membesar dah anak abah. Mudah-mudahan rezeki anak abah akan bertambah dan kehidupannya bila membesar kelak akan menjadi anak yang baik. Berbakti pada bangsa, agama dan negara. Menyumbang ilmu dan kebajikan kepada masyarakat.



Jika dilihat secara awalnya, anak abah ini seperti mewarisi kehebatan 'swing golf' dan kederasan sepakan kaki kanannya. Mungkin akan menceburi golf dan bolasepak sebagai hobi? or mungkin menjadikan golf sebagai profesional. Tidak kiralah anak abah nak jadi apa asal jika menjadi doktor, dia adalah doktor yang patuh pada agama, jika menjadi guru, dia adalah guru yang menjaga solatnya, jika dia menjadi pro golf, biarlah dia menjadi pro yang taat pada perintah Allah.


Untukmu Fareez Hakim, abah & umi mendoakan semoga 'ayeez' menjadi anak yang baik. Amin.

1 comment:

Unknown said...

Along menagis membaca apa abah&umi tulis untuk along
Terima kasih