Friday, December 19, 2008

Golf: Southern Hills Golf Club HATYAI

Setelah letih melayan bengkel di Pulau Jerejak, aku dan geng golf lain drive ke Hatyai untuk main di Southern Hills Golf Club. Perjalanan dari Border Bkt Kayu Hitam mengambil masa dalam 45minit. Main dekat sana memang best tapi green laju sikit. Tee off jauh tidak bermakna kita akan selamat. Course Management memang perlu dilakukan dengan baik. Aku tidak mengalami masalah dengan tee off termasuklah hole par 3 yang di kelilingi kolam. Semua superb. Yang hampeh hanyalah 2nd shot. Semua macam hampeh. Jenuh nk melayan 'kecepeeh' memanjang. Penat juga tu. Tapi takperla, yang penting exposer untuk diriku. Manalah tau tahun 2009, aku terpilih untuk mewakili universiti, so taklah kekok sangat bila main di lapangan panjang & tough. Gud luck utk aku!! Pulun sebelum pi buat PhD.. Serammnya..

Pulau Jerejak 14-16 Dis 2008: Bengkel Perancangan Strategik COLGIS

Sepanjang 3 hari 2 malam dekat Jerejak Island, geng-geng COLGIS memerah otak memikirkan perancangan yang perlu dibuat untuk membawa halatuju COLGIS pada masa hadapan. Letih otak memikirkannya. Terlalu banyak perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan perancangan tersebut selari dengan universiti. Kami lepak di Jerejak Resort. Untuk honeymoon mmg berbaloi kalau pi pulau ni, tapi kalau nak lepak dan santai bersama family, emmm tak digalakkan la sebab takda tempat yang bole di pi.

Aku isi masa lapang aku dengan 'snap' beberapa gambar yang aku rasakan menarik sesambil membaiki skil fotografi aku. Saja try & error. Kalau nk layan bengkel seharian pun, penat. So apa lagi, ambik gambar la. Bukannya apa, utk kenangan. bukannya selalu nak pi pulau tu pun.

Saturday, December 13, 2008

Golf: Harvard Golf & Country Club



Hari ini (13 Disember 2008) aku isi masa lapang dengan bermain di Harvard Golf & Country Club, Gurun Kedah. Main dgn Dr. Martadha, Dr Bashawir dan Ku Fauzi.Golf course memang best. Advantage to long & hard hitter like me. My tee shot reached average 230m and my 2nd shot (wood 3) also blast perfectly.Tapi approach shots macam hampeh, teruk sangat. Putting pun teruk jugak walhal green sangat best & challenging. Kesimpulannya, tumpuan harusdiberikan kepada short game.

p/s: score 92 (how worst it dude)!

Esok (14-16 Disember 2008) aku akan menghadiri Bengkel Pengurusan Strategik COLGIS di Pulau Jerejak & SPA di Penang. Blog tidak akan diupdate sepjg tempoh tersebut.

Kelisa: Berwajah Baru


Aku dapat tawaran dari member (Asif) yang hendak menjual rim Juwara dia kat aku. Dengan harga RM250, aku rasa ok lah kot. Walaupun rim tu nampak lama, tapi sesuailah dengan harga yang diberikan. Aku beli pun utk wife aku jugak, maklumlah sayang sangat kat dia.Sekurang2nya kelisa wife aku tu nampaklah berlainan sedikit. Sian tgk kelisa tu dok kehulu ke hilir dengan 'rim cover' jer. Itupun ada gak yg dah tertanggal. Kondisi tayar aku tgk ok lagi. Kelmarin gak aku dah polish dan wax la apa2 yg patut kat kelisa tu terutamanya rim dan juga dashboard. Nampaklah bersinar gak heheh. Semoga kami sekeluarga sentiasa dilindungi Allah apabila berada dalam perjalanan.


Wednesday, December 10, 2008

Golf: New Hybrid

Hari ini aku try hybrid baru aku tuh. Aku try 2nd shot utk hole 1, sebaris dengan bunker (good shot compare with my iron shot, normally i'm using iron 5 for 2nd shot). Also tried at hole 6 (mulligan shot) and the performance quite impressive. Never thought before. Hole 7 (teed at white box) and distance reached 170m. Anyway, the ball fly high and impact sounds make me feel, oh shitt. The problem was; u have to hit hard for this hybrid, never compromise with ur swing..Huuh.

p/s: score today: 42
hole 3,5 & 6: par
hole 4: birdie (putting from 20 feet, how lucky i am)

Raya AidulAdha: Penang I'm coming

Niat di hati hanya ingin bersarapan di Changlun. Tapi disebabkan kebosanan yg melampau, aku terlajak bawa keta sampai ke penang. Just lepak-lepak kat Plaza Gurney, lepak kat MST Golf. Beli Grip jer sebab nk tukar wood 3 Taylormade aku tuh. Tapi tu diala, teracun diri sendiri tengok Burner Taylormade wood 3, harga tawaran RM699. Aku try dan tengok jerla. Nak beli tak mampu. Takpe2 kita tunggu harganya drop kat lelong.com.my hehehe. Pastu bolehlah aku bid dan beli heheh. Pastu aku ke Parkson, beli baju & seluar brand Durban. Saja beli sebab nk reward diri sendiri. Lebih kurang pukul 3.00pm, aku pun balik & berangkat ke luar dari Penang. Saja bertolak awal sebab taknak tersangkut kat jammed. Ondaway balik, aku singgah kat SP jap, pergi kat Panwest then beli topi & tee. Untuk koleksi.

Dalam kul 5.00pm aku sampai kat Changlun, tapi tak balik terus sebab singgah kat bengkel. Tengok keta Honda. Keta blum siap lagi tapi part yg ditunggu dah ada, tinggal nk pasang jer. AKu balik ke rumah dlm kul 8pm then pas solat isyak, aku sambung buat soalan mid-exam PJJ..Pastu terus tido.

p/s: rindu tahap dewa kat isteri dan anak tersayang. Boleh pengsan abah dibuatnya sebab terlalu rindu..

Monday, December 8, 2008

Raya AidulAdha: Lonely

HAri ni raya haji. Aku sambut dengan kesorangan. Dok umah jer. Kena plak ari ni hujan jer memanjang, lagila malas berjalan. Lepas solat raya, aku balik. layan DVD then terus tido. Bangun dalam kul 4pm. Kelam kabut gak solat Zohor. Pas Asar, aku p makan kat Changlun. Malam ni just layan tv, dvd & layan golf channel. Itu jerla aktiviti aku ari ni.

Sunday, December 7, 2008

Malam Raya: Boosan lagi

Hari ini p kerja pun malas. Semua opis (boleh dikatakan UUM lengang) nmpk mcm tutup jer. Staf yang ada kat pejabat pun tak ramai. Kerja aku buatlah sedikit pembacaan utk kelas PJJ akan datang. Baca nota baca gak, tapi lama kelamaan tak tahan. So, masa lunch time pi bengkel tgk honda kesayangan plak. Belum sihat lagi dia tuh. Nmpk gaya lambat lagilah kot, maybe pas raya la jawabnya.

Hari juga mood aku tak berapa baik. Yerla, barang yang ditunggu tak sampai2 lagi.Beli taklah mahal, almaklumlah barang second hand jer..huk huk. Takperla janji benda ni sesuai bila dipakai dan yang paling penting menjadi senjata utama dalam beg biru 'srixon' tuh heheh.Dah beli melalui lelong.com.my, seller pun dah pos, tapi skynet tu buat hal. Ada plak hari ini depa cuti. So esok cuti sebb raya, lusa pun cuti lagi then nmpk gaya lambat la plak aku terima. Tension. Ingatkan bolelah test benda tu petang tadi. Tapi kempunan jerla jawabnya. Hampeh betul. Takperla sabar jerla.

Emm esok raya. DOk sorang kat rumah ni buat aku rasa bosan & sedih. Wife & anak takda. Dahla diorang tu penyeri rumahtangga aku. Sorang dengan gaya manjanya dan sorang lagi dengan gaya nakalnya. Rindu kedua2nya, namun rindu kepada uminya tetap no 1. Rindu kat baby no 1.5 heheheh. Planning esok? Lps solat raya, igt nk pergi lawat kawan2 kat penang. Dah lama tak jumpa diorg. Tapi tengok keadaanlah sbb soalan mid-sem PJJ, pihak KOlej dah start minta dah. So, klu rasa tak sempat, kena berkampung kat umah jugalah.

Tadi petang beli lemang + ayam masak lemak kat kedai mamak. Kira jadi rendang la tuh. Kenyang gakla. ALhamdulillah.

Saturday, December 6, 2008

Golf: Johan Monthly Medal, Disember 2008

Hari ini 6 Disember 2008, aku main monthly medal bulan ini. Dengan hc 16, beban yg dibawa berat sgt. Pepagi lagi aku bangun dah, siap awal. Iron baju, lap kasut, warm up etc. Dengan cuaca yg agak redup dan mendung, conditions fairway amat memuaskan. Alhamdulillah bawa spare glove utk back up sebab hujan dari semalam.
First 9, bermula di hole 8. Permulaan yg baik kerana dapat par. Sehingga hole 3, driver buat hal dan tarik ke kiri. Wood 3 yang diharapakan utk menebus kehampaan juga menambah lagi kedukaan. Semuanya gara-gara grip yang tidak betul. Namun, hati ini berhajat untuk menukar grip utk wood 3 tersebut kerana grip sedia ada, terlalu kecil utk digenggam. Grip mudah slip. Bermain teruk untuk 1st nine, hanya 1 par shj dan core 48. Back nine pula, semuanya ok dan masih bermain 4 under sehinggalah hole terakhir (hole 7). DEngan ketamakan yg ada, aku pun tarik driver walhal utk hole 7, pakai wood 3 pun dah ok utk tee off. Bak kata orang tua, orang tamak selalu rugi dan orang yg rugi selalu tamak, akhirnya aku bermain triple hole tersebut dan main 43 (masih lagi -1). Namun disebabkan 1st nine main 4 over, overall score dapatlah 3 over. WORST!!!. ALhamdulillah di kala permainan berada di tahap tak best, aku masih lagi johan untuk medal A & B. JOhan untuk medal C & D adalah Prof. Che Sobry juga dari flight yang sama.

Score: 91
Hadiah selaku johan: Oven Toaster.

TAhniah untuk aku..ahaks

Friday, December 5, 2008

Bosan: Kehidupan yg boring

Baru lega rasa bila terima call dari wife. DOk risau 2 hari call tak dapat2. Lega sikitlah.
Hari ni JUmaat. Tak tau nk buat per. Nk p Alor star, tak tau nk buat pa. Kena plak nk naik kelisa. Adoiila. Penat gak nk sampai. Nk naik honda, skg honda kat bengkel. Maklumlah orang sakit, kena disorongkan bantal. Cehh. Honda masuk bengkel sejak hari Rabu lepas, saja nk perbetul apa yg patut. Maklumlah. Lama dah tak servis. Harap slps ini keta tu makin bersemangat lagi dan yang paling penting dapatlah berkhidmat dengan lebih laju lagi heheh. Kira pas ni bawa 160kmj tu kira biasa jerla, tanpa sebarang gangguan dan kegusaran.

Esok pagi akan diadakan tournament monthly medal for December 2008. See how my performance with caring 16 hcp. Good or not enough good. Worried with my driver. This happened since i changed the natural swings to pro swings. is it because of my body is not applicable for pro swings? ahhhh...try and error. will see the impact on 3 months later...long time to wait...bosannyaaaa..

Wednesday, December 3, 2008

MUSYIRA: Happy Anniversary


Tanggal 2hb Disember setiap tahun, aku & wife akan wish sesama sempena hari perkenalan & percintaan kami. Bermula dari 2 Disember 1994, aku declare dengan dirinya bahawa aku mencintai dan menyayanginya. Sehinggalah ke hari ini, esok dan selamanya aku tetap menyayanginya. LEbih2 lagi selepas kawin dan dah ada anak, tahap sayang melebihi segala2nya. Walaupun kekadang aku marah, sakit ati dan merajuk, tapi itu semua asam garam rumah tangga. Biasalah, lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Aku menerimanya seadanya dan aku percaya, dirinya juga menerima aku seadanya. Harap hubungan cinta dan kasih kami akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Terlalu sukar untuk mencari wanita sebaik, secantik dan sempurna (pada pandangan aku, terima kasih YA, ALLAH) seperti dirinya. Memeluk, memegang tangannya dan mencium dahinya sesuatu yg nikmat bagi diriku. Apapun, semoga doa kita tetap diterima oleh Allah Taala dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Untukmu ERNY ERAWATY AMRAN: abg terlalu menyintai dirimu. Sayang ayang selamanya, kasih ini tidak pernah berubah. I LOVE U sayang.

FAMILY: Isteriku ke Indonesia

Tepat pukul 1.00pm ari ni, isteriku berangkat ke indonesia bersama mak mertua & familinya. JUst melawat famili yg ada di sana. Semoga isteriku & famili akan kembali dengan selamat. Babyku? emm seperti biasa, dok umah neneknya sambil bermain basikal kesayangannya. Harapanku agar baby taklah mencari sgt uminya dan taklah cerewet sgt sepjg isteriku tiada. Berat hati nk benarkan dia pi Indonesia, tapi apakan daya dah memang hajat di hatinya. Takperla, semoga dia balik dengan selamat dan ada ole2 yg dibawa pulang.

p/s: abg terlalu merindui & menyayangimu sayang..muaaaaaaaaaaahhhh

Tuesday, December 2, 2008

GOLF: Driver merajuk

Hari ni bermain dgn Dr. Shukor, Bro G & Dr Martadha. Betting bola then aku kalah 1 biji. HUhh. Driver menghampakan. Semua lari ke kiri. Selama ini kengkawan dok risau bila driver tak betul. Skg aku merasai keperitan itu. Dahulunya boleh drive sampai 22om..skg dlm 200m jer kot. Ingatkan bila dah belajar sikit dari Pro, pukulan makin ok. Tapi biasalah golf, perlukan masa utk serasikan muscle dengan skil yang ada. Penat2.

Score: 47

p/s: bad

Hobby: Golf & me

Golf?
Sukan yang barangkali orang masih lagi beranggapan hanya untuk golongan orang kaya, berpangkat dan berstatus. Tapi bagi aku, golf adalah sukan yang sama mcm sukan2 lain.Aku pernah bermain bola, badminton, tennis dan boling. Walaupun tak sehebat mana, tapi sukan2 tersebut sudah tidak sesuai untuk aku lagi. Semenjak ankle aku bermasalah, golf telah menjadi pilihan utama.

Bercakap mengenai bermain golf. Aku start bermain awal tahun 2007 dan mendapat hcp pada bulan Julai tahun yg sama. Kiranya dah 2 tahun lebih aku bermain. Dan pada hari ini, aku sekarang telah bermain dgn hcp 16. Sesuatu yang membanggakan secara peribadi tertapi terlalu sukar untuk bermain dengan hcp 16 tuh. Semenjak balik dari Kejohanan Golg Badan Berkanun, Ogos lepas, aku tak sempat lagi merasai tournament dgn membawa hcp 16. InsyaAllah pada minggu depan (6 Dis 2008), aku akan bermain monthly medal dan bermain utk hcp 16. Tengoklah samada masih mampu utk membawa beban hcp 16 tersebut atau tidak.


Apa yg pasti, golf bukanlah sukan yang mudah. Terlalu byk yang perlu dipelajari. Sebab itu tidak hairanlah kalau majalah golf aku sehingga kini dah setinggi lutut banyaknya. Setiap bulan akan beli. Ketagih kalau tidak membelinya.

Berkenaan dengan equipment golf, untuk yang beginner macam aku, 2nd hand set sudah memadai. Cuma ada kegatalan sedikit bila dah pandai main, hati dah mula gatal utk mencari set2 yang lebih baik. Memang betul golf ada kaitan dengan swing, tapi teknologi juga banyak membantu. Kalau diikutkan, mahu saja dibeli set yg mahal. Tapi apakan daya, PhD lagi penting.

Align Center

Kejayaan peribadi aku:
Tempat ke-3 : Golf Berpasukan di Kejohanan Golf Badan Berkanun Msia 2008
Tempat ke-2 : Golf Piala Presiden KGRUUM 2008
Tempat ke-5 : Golf Sempena Seminar Merger deMerger UUM 2008.

InsyaAllah tahun 2009 akan menjadi tahun keramat bagi aku. Aku target nak mewakili UUM dalam Intervarsity utk tahun 2009. Semoga keadaan diriku sihat dan ceria sentiasa. Swing plak berada pada 'plane' yg betul. Terlalu byk yg perlu diperbaiki.

FareeZ: Permata Umi & Abah

Muhammad Fareez Hakim Muslimin, lahir pada 29 Ogos 2006. Sekarang dah berumur 2 tahun lebih. Pejam celik, pejam celik dah membesar dah anak abah. Mudah-mudahan rezeki anak abah akan bertambah dan kehidupannya bila membesar kelak akan menjadi anak yang baik. Berbakti pada bangsa, agama dan negara. Menyumbang ilmu dan kebajikan kepada masyarakat.



Jika dilihat secara awalnya, anak abah ini seperti mewarisi kehebatan 'swing golf' dan kederasan sepakan kaki kanannya. Mungkin akan menceburi golf dan bolasepak sebagai hobi? or mungkin menjadikan golf sebagai profesional. Tidak kiralah anak abah nak jadi apa asal jika menjadi doktor, dia adalah doktor yang patuh pada agama, jika menjadi guru, dia adalah guru yang menjaga solatnya, jika dia menjadi pro golf, biarlah dia menjadi pro yang taat pada perintah Allah.


Untukmu Fareez Hakim, abah & umi mendoakan semoga 'ayeez' menjadi anak yang baik. Amin.

My best friend: Mohd.Dino Khairri

Dia ni memang kawan baik aku. Aku panggil dia 'mate' jer. Sekepala dengan aku. Selalu makan bersama. Cuma hobi kami berbeza. Aku dah lama main golf, tapi yang tak puashati tu, no member utk Kelab Golf UUM, dia lagi senior dari aku. Citt.Sempat jugaklah dia test handicap before fly to UK. Merasa gakla handicap 24 huhuhu. Kenal dia ni pun masa kitaorang sesama tutor kat Sekolah Pembangunan Sosial, UUM dulu. Dia ni bekas Presiden Kolej Pernas dulu. Mmg public figure la. Tapi underground & humble budaknya. Sepanjang jadi pensyarah, dia pakai Chevrolet Optra. Tapi last minute kereta tu rosak. Padan muka. Lainkali beli kereta Jepun ataupun yang cukup 'establish' brand mcm BMW & Merc. Paling cikai pun macam Honda. Dapat Honda baru model CM5 sudahlah. Sekurang-kurangnya tidak pening dalam mencari spareparts. Sekurang-kurangnya tidaklah sampai ke Juru semata2 nak servis. Betul tak hahah. Takperla, belajar dari pengalaman.
Dia ni pun ada lesen motor besar B full, tapi bawa motor ex5 jer. Katanya nak bawa motor besar dari UK. Alang2 nak bawa balik, cari yang best punya. Jangan bawa balik Aprilia sudahlah, kang kes Chevrolet berulang lagi huhuhu.

Member aku ni dah berkahwin dan dah ada 2 org anak. Seorang puteri dan seorang putera. Yang puteri dikenali sbgi Ain (hai ain, uncle mus here) dan yg putera dipanggil Haiqal (Qal, Fareez kim salam la). Sekarang member aku tengah sambung belajar di Leeds Univ, UK. Semoga sahabatku & isteri mendapat PhD yang diharapkan dan doakan kejayaan aku jugak. Kalau pi carboot sale, jgn lupa set golf utk aku. Brand Mizuno MP57 or Titleist AP1 or AP2. heheheh..



selamat belajar mate

Hobby: Camera DSL:R

Selain bermain golf, antara hobi aku gak ialah bermain camera. Setiap pergi ke mana2 mesti ambik gambar2 yg memang cantik, yang meruntun hati bila menghayati keindahan ciptaan-Nya. Indahnya ciptaan Allah. Yg di udara, laut dan di daratan, semuanya cantik2 belaka. cuma kekadang kita lupa untuk menghargai, malah merosakkannya pula.

Aku cuma snap sahaja gambar2 yang aku berkenan. Dalam masa yangg sama berusaha untuk memperbaiki skil fotografi aku. Yerla, beli kamera memahal tapi setakat ambik gambar guna 'auto', baik pakai digital camera biasa. Dunia fotografi terlalu byk utk diterokai, maklumlah sekarang ini orang bercakap mengenai dunia tanpa sempadan, semua boleh didapati di depan mata, hanya klik & browse.

Mudah-mudahan dengan adanya hobi sebegini, aku mampu untuk berdiri seperti kawan2 lain yang mana sampai ke tahap boleh menjual hasil 'karya' mereka kepada orang lain. Boleh ker? boleh kot..walaupun ada kot, sekurang-kurangnya ada juga keazaman untuk bertambah lebih baik.

Terlalu byk yg perlu dipelajari utk menjadi seorg yg 'hebat' dalam dunia fotografi. Bermain dengan Aperture dan Shutter bukannya mudah. Begitu juga halnya dengan ISO. Patutlah aku selalu terpegun melihat hasil karya kawan2, rupa2nya skil fotografi sgt ptg. Mmg betul cakap2 orang tua: Ilmu di dunia ini terlalu luas. Fikirkan..

sebahagian hasil karyaku yang tak seberapa. Photos taken from Under waterworld Langkawi.

Hobby: Geng Honda

Seperti manusia lain, aku juga mempunyai hobi yg pelbagai. Selain bermain golf, join geng2 honda accord pun jadi hobi gak. boleh berkumpul, sembang, kutuk mengutuk dan pasti melihat kehebatan kereta kawan2. kereta aku? emmm sperti biasa.maklumlah model 90-an. kira dah lama kereta tu dikeluarkan. Alhamdulillah, sampai skg masih lagi berkhidmat dengan baik kat tuan dia. itulah yg aku pandu ke hulu kehilir, p seminar, p beli ikan, p main golf, p jumpa geng2 honda. fully utilised. namun tahun ogos 2006, enjin yg digunakan hancur lebur, so terpaksalah aku menukarnya dgn enjin yg baru. taklah baru sangat, tetapi kondisi cukup hebat.

inilah enjin yg aku maksudkan..taklah hebat sgt enjin ni..tapi cukuplah untuk membantu aku bergerak dgn pantas. dengan hanya 210hp (atas kertas), bagi aku cukuplah. sekurang2nya, famili aku selamat dan hepi dgn keta aku tuh..
berbalik kepada geng2 honda ni..kira diorg ni member2 rapat aku gakla..diorglah yg berkongsi gelak ketawa, kutuk mengutuk & sedia membantu bila ada masalah. wpun kami berlainan status (bujang & dah kawin), pangkat (ada pangkat ker? go to hell with ur pangkat), kereta (sm4, sv4, kura2 kontot, kelisa dll), namun keakraban tu terjalin baik. biasalah, bak kata org2 tua, duit tu senang nk cari, tapi kawan (sahabat?) yg betul2 satu kepala tu, mmg payah nk cari.
inilah keta aku..hodohkan?? tapi mantap

Transmit



Inilah tugas lect yg terpaksa dibuat sehabis baik..marking, murni & transmit. Letih pun kena gagah gak..maklumla, gred plajar nk kuar dah..so, no choice dude.
tapi selepas ari ni, lega sikitlah. kerja yg perlu dicepat2kan, dah habis. bolehlah bangun lewat skit, main golf petang2..tapi nk buat mcmn, weather tak mengizinkanlah. takperla, janji ada peningkatan dalam swing dan distance setiap pukulan.

Monday, December 1, 2008

..Bujang sebulan..


Cuti sekolah bermula 18 Nov 2008. Seperti biasa, isteri & anak tersayang akan balik ke kampung halaman (Tawau, Sabah). Tinggallah aku dok sorang. Biasanya membzkan diri dengan kerja-kerja di pejabat & marking paper pelajar. Alhamdulillah almost complete. Suppose finish ASAP coz wanna spend lot of time to playing golf hehehe.

PhD: Dunia Baru


Selepas perginya member aku ke UK, terasa juga betapa perlunya berusaha dengan lebih gigih untuk mengikut jejaknya. Memang betul, atas kertas aku kena pergi Phd pada tahun 2010, namun tak salah malah digalakkan lagi jika aku pergi tahun 2009. Semuanya boleh berlaku..tak mustahil pun..
Namun, mental aku dah cukup bersedia ke? Dah cukup untuk menempuhi semuanya? persoalan yang sentiasa mencarik-carikkan mindaku seawal pagi setiap hari..huh..