Tuesday, July 28, 2009

UUM: H1N1 DAN MESYUARAT BERSAMA TNC (A)

Keputusan kelmarin yang membenarkan pelajar-pelajar balik ke kampung halaman masing-masing bagi mengelakkan gejala ILI terus merebak merupakan satu tindakan yang bijak. Gejala demam dan tanda-tanda H1N1 seolah-olah bertambah banyak dikesan oleh Pusat Kesihatan Universiti. Setelah dilakukan perbincangan dengan pihak berwajib seperti Jab. Kesihatan Kedah, keputusan dibuat untuk menangguhkan kuliah bagi tempoh seminggu bermula 27hb Julai sehingga 1hb Ogos 2009.

Hari ini (28hb Julai 2009), satu mesyuarat tergempar telah diadakan di kalangan semua pengetua dan PNC bersama-sama TNC. Agendanya hanya satu: untuk sama-sama menyelesaikan masalah apa yang sedang dihadapi oleh UUM amnya. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan beberapa keputusan telah dibuat. Namun, ada beberapa persoalan yang wujud:

1. Ramai pelajar yang resah gelisah kerana adakah cuti kali ini akan membatalkan cuti semester yang akan bermula 15 Ogos nanti.

2. Akan kerapkah kelas tambahan bagi menggantikan kelas yang telah ditangguhkan disebabkan kes ini.

3. Bagi pelajar yang masih menginap di DPP masing-masing, persoalan mengenai perkhidmatan cafe terus menjadi teka-teki. Adakah akan dibuka atau ditutup? Jaminan pihak universiti dan kolej, TIDAK ADA cafe yang dibenarkan untuk ditutup sepanjang cuti kecemasan ini.

sekian.

No comments: