Friday, July 31, 2009

Golf: Bengkel Golf


Baru-baru ini pihak COLGIS ada menganjurkan klinik golf kepada para ahli COLGIS. Tidak ramai yang hadir kerana golf bukanlah sukan yang semua orang suka. Sama macam aku dulu. Sangat membenci sukan ini apatah lagi ASTRO selalu menyiarkan sebarang kejohanan dan replay mengenai golf. Sangat menyeksakan. Namun, bak kata orang-orang tua " langkah hari ini, belum pasti akan sama langkah di esok hari". Akhirnya aku pun suka dengan sukan ini dan teringatlah kembali zaman aku menjadi budak kedi ketika tingkatan 1-3 dulu. Maklumlah, aku bukanlah keluarga senang. Kekadang terpaksa meninggalkan rumah dalam pukul 2.00 am bersama rakan-rakan yang lain dan pergi ke kelab aku berkerja part time tu; TAWAU GOLF CLUB. Kami terpaksa pergi awal kerana sistem nombor diamalkan dengan prinsip 'siapa datang awal, dia akan habis awal'. Maklumlah, masa tu sekolah petang, jadi kenalah pergi awal sebab nk balik awal pastu baru pergi sekolah. Upahnya tidak banyak, hanya RM5 sahaja untuk 9holes, tapi peritnya menarik troli dan berjalan kaki hanya Allah yang tahu. Untuk apa aku buat semua ini, semua kerana untuk 'duit sekolah'. Bila masa 'tournament', ganjaran banyak gak sebab kalau boss menang, dia akan bagi tips banyaklah. Itu yang boleh happy bila balik rumah. Jika ada masa free, aku dan kawan-kawan yang lain akan turut bermain tetapi dengan hanya menggunakan besi yang dibengkokkan di hujungnya. Mungkin sebab itulah, aku sekarang bermain golf dan ada rakan-rakan yang memberitahu bahawa aku memiliki swing yang cukup cantik dan natural.Alhamdulillah, semua kurniaan Allah. Malah, jika aku bermain di luar, aku agak sedih bila kawan-kawan hanya memberi tips sebanyak RM5 kerana aku cukup tahu betapa peritnya menjadi kedi, lagipun RM5 dulu sangat jauh nilainya jika dibandingkan dengan nilai sekarang.


3 comments:

secretname said...

wahh...npe x ckp ade bengkel ni..da lama sgt mnunggu..jgn ckp dia sent dlm email..sbb email br xleh nk bukak..anyway xsgka tul dr dulu da bjinak2 ngn golf yea...congrates bro..

diufuktimur@ said...

heheh..nxt time i'll let u know sis...

secretname said...

thnkz bro..i will wait 4 that time