Tuesday, July 28, 2009

UUM: PENANGGUHAN KULIAH

PENANGGUHAN KULIAH : 27 JULAI - 1 OGOS 2009

Berdasarkan tajuk pengumuman berikut saya paparkan pengumuman oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM melalui email staf dan pelajar UUM :

Semua kuliah dan aktiviti pelajar ditangguhkan seminggu mulai 27 Julai (Isnin) sehingga 1 Ogos 2009 (Sabtu). Langkah ini diambil untuk membendung penularan Influenza Light Illness (ILI) atau penyakit serupa Influenza. Kuliah akan bermula pada 2 Ogos 2009 (Ahad).


Perkhidmatan kaunter yang melibatkan pelajar akan ditutup sepanjang penangguhan kuliah tersebut.Semua warga UUM diminta mengikuti hebahan rasmi yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.


Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Pengarah Jabatan Hal Ehwal Akademik, Encik Baharudin Yaacob (04-928 3103) atau e-mel : baha646@uum.edu.my


* Kerisauan pelajar bertambah apabila terdapat rumours yang mengatakan semua kena kosongkan bilik sebelum pukul 8.00pm. Sesuatu yang menyedihkan kerana dalam keadaan serba sedikit panik ini, ada lagi pihak yang menambahkan 'perisa' kekalutan. Walhal, arahan untuk balik ke kampung pun sebagai sesuatu yang bersifat pilihan dan bukannya mandatori. Jadi, tidak timbul pelajar kena kosongkan bilik sebelum pukul 8.00pm.


No comments: