| ||||||||||||||||||
Rujuk perkara di atas , sukacita pihak PPQ merujuk kepada perkembangan audit kualiti dalaman P & P di UUM COLGIS dan perbincangan antara Puan Faridah Hamzah dan Prof Dr Adiana serta Dr Sany, En Idzwan dan saya pada 27 Julai 2009 mengenai perkara di atas adalah berkaitan.
Sehubungan dengan ini sukacita mendapat perhatian dan kerjasama Unit Jaminan Kualiti dan J/k Kualiti peringkat Kolej bagi membuat pemeriksaan pre audit di peringkat kolej bagi membantu menyemak rekod-rekod yang diperlukan oleh prosedur kualiti P & P. Pihak PPQ amat berharap pemeriksaan audit kualiti dalaman dapat dilaksanakan. Pihak PPQ boleh membantu dalam pemeriksaan audit yang diketuai oleh En Muslimin dari COLGIS. Pihak PPQ berharap pihak Jaminan Kualiti dan J/K Kualiti COLGIS dapat berbincang dan menentukan tarikh bagi memulakan audit tersebut.
Jawapan daripada pihak tuan/puan amatlah diharapkan bagi melaksanakan audit tersebut. * Auditor Dalaman: Itulah tugas yang diberikan kepada pihak-pihak tertentu tanpa sebarang tarikh tamat tempoh. Mungkin sesetengah pihak, tugasnya mudah, digeruni kawan dan lawan. Namun bagi aku, tugas itu sesuatu yang sangat mencabar. Sebarang kegagalan mematuhi arahan yang diberi, pastinya akan memberi kesan yang amat besar kepada organisasi. Terma-terma seperti major, minor dan pemerhatian agak sinonim dengan kumpulan auditor ini. Apapun, takdir telah menentukan aku untuk mengetuai tugasan ini. Ya Allah., berilah aku kekuatan untuk melaksanakannya dengan baik dan mampu melengkapkannya dengan penuh dedikasi. Bukan ganjaran yang diperlukan, bukan wang ringgit yang diharapkan namun sedikit 'ucapan terima kasih' sudah cukup untuk menyembuhkan keperitan yang dilalui. |
Tuesday, July 28, 2009
UUM COLGIS: Audit Kualiti Dalaman Bil 1/2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment